Statistik

1.0   Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai statistik yang  ditakrifkan sebagai kaedah mengumpul, mengelas, meringkas, menyusun, menganalisis dan mentakrif data kuantitatif supaya kebolehpercayaan keputusan analisis dapat dinilai secara objektif. Terdapat dua jenis pengkelasan data iaitu kuantitatif, merupakan data yang boleh diukur dan ianya wujud dalam skala atau nombor. Seterusnya data kualitatif adalah merupakan data yang tidak boleh diukur melalui sklaa nombor. Dalam kajian ini, penulis menggunakan perisian survey monkey sebagai alat untuk mendapatkan data melalui kajian penulis iaitu mengenal pasti personaliti pengguna facebook berdasarkan lima domain yakni berfikiran terbuka, menyenangkan perasaan, ekstrovert, berhemah dan berfikiran terbuka.

2.0  Pernyataan Masalah

Manusia ialah makhluk sosial.Menurut Aristoteles, makhluk sosial merupakan zoon politicon, yang bererti manusia di koordinasikan untuk hidup bermasyarakat dan berinteraksi satu sama lain.Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian

Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

Metodologi penyelidikan  atau cara kajian yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah untuk memperoleh sebarang maklumat sebarang data yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung. Kaedah ini meliputi kaedah pengumpulan data dan juga penganalisian data yang memainkan peranan yang penting untuk mencapai sesuatu keputusan yang boleh dipercayai oleh pengkaji. Pengkaji akan menggunakan perisian survey monkey untuk digunakan sebagai alat untuk mngenal pasti personaliti responden untuk mencapai kesamaan dengan andaian pengkaji terhadap responden tersebut. Oleh itu, soalan yang dibuat melalui perisian survey monkey diedarkan kepada 5 responden dan 5 rakan responden untuk diisi supaya mendapat keputusan.

6.0   Persampelan

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.

7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden. Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden. Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

7.3   Pengkodan responden. Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.

7.5   Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden. Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

7.7  Soal-selidik rakan responden. Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 60% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 59% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

statistik

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi  menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah menyakinkan.

8.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   67%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang menyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 73%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah menyakinkan.

8.3   Berdasarkan jadual di atas didapati  67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang kurang menyakinkan dengan 56% daripada 8 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 62%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah kurang menyakinkan.

8.4   Berdasarkan jadual di atas didapati   56%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang  menyakinkan dengan 89% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 73%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

8.5   Berdasarkan jadual di atas didapati  78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang menyakinkan dengan 56% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah menyakinkan.

9.0    Sebagai rumusan, tanggapan bahawa personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan daripada posting dan komen yang terpapar dalam facebook adalah  menyakinkan. Ini bermakna bahawa tanggapan personaliti rakan facebook  boleh diterima dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.